\ >

Carian

Unit Kecemasan & Trauma

Posted by webmaster on 2013/4/29 2:40:00 (1417 reads)
Home / Perkhidmatan / Klinikal/ Kecemasan & Trauma







PENGENALAN
Unit Kecemasan Hospital Baling merupakan tonggak kepada semua aktiviti perawatan pesakit dan menjadi nadi utama perkhidmatan perubatan di hospital ini. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti untuk pesakit luar.

FUNGSI
Berperanan sebagai barisan hadapan hospital. Berfungsi memberi rawatan kecemasan, perubatan dan penstabilan pesakit. Ia berfungsi 24 jam sehari.

ORGANISASI
Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan U48. Sebagai Ketua Unit, beliau bertanggungjawab terhadap pengurusan klinikal unit dan kakitangan serta bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital Baling.Seorang Pembantu Perubatan U32 sebagai Pengurus Unit membantu Ketua Unit mengurus dari aspek sumber manusia, latihan dan peralatan.


SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang diberikan adalah bercirikan :


  • Profesionalisma.

  • Penyayang

  • Bekerja berpasukan


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


  • Rawatan Kecemasan

  • Khidmat Prahospital

  • Pusat Rawatan Bersepadu (One Stop Crisis Centre)

  • Bilik Pembedahan Kecil

  • Prosedur Orthopedik

  • Pusat Panggilan

  • Bilik Daftar Masuk

  • Pasukan Perubatan Tunggu Sedia



  • Pegawai Penyelia Dr. Gayathari a/p Subramaniam (Pegawai Perubatan UD44)
    Tel : 04-470 1333 ext 1901
    Emel : drgayathari@moh.gov.my 

    kembali ke laman sebelumnya


Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article