\ >
  • First Image
  • Second Image
  • Third Image
  • Fourd Image
  • Five Image
  • Six Image

    HOSPITAL BALING NEGERI KEDAH

    Jalan Hospital
    09100 Baling
    Kedah Darul Aman
    Tel : 04-4701333
    Faks : 04-4701160
    Email : hbaling@moh.gov.my

Carian

Pengimejan & Diagnostik

Posted by Anonymous on 2013/4/29 2:50:00 (626 reads)

Home / Perkhidmatan / Klinikal/ Pengimejan & Diagnostik

PENDAHULUAN
Dahulunya dikenali sebagai Perkhidmatan X-Ray atau Perkhidmatan Radiologi, tetapi oleh kerana kemajuan yang pesat di dalam bidang ini, sekarang ianya dikenali dengan Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik.
Perubahan ini adalah selaras dengan penggunaan modaliti (peralatan) lain selain X-Ray seperti bunyi (digunakan dalam Ultrasound) dan magnet digunakan dalam MRI ( Magnetic Resonance Imaging) di dalam bidang perkhidmatannya.
Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik Hospital Baling menawarkan beberapa perkhidmatan kepada para pelanggannya sejajar dengan saiz dan kapasiti Hospital Baling sebagai pembekal perkhidmatan perubatan utama di daerah Baling dan kawasan sekitarnya.


PERKHIDMATAN TERAS (CORE BUSINESS)

  • Memberi perkhidmatan radiografi / radiologi am dan khas

  • Mendapatkan Laporan Pakar Radiologi

  • Mengatur tarikh temujanji kes-kes khas dan memberi kaunseling temujanji

  • Penyimpanan dan pengeluaran radiograf


OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang terbaik kepada pelanggan luaran dan pelanggan dalaman di Hospital Baling.


MISI
Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang efektif, cepat, betul, selamat, mesra dan bermutu tinggi.


VISI
Berusaha menjadi pemberi khidmat pengimejan diagnostik yang terbaik sesuai dengan kehendak pelanggan, keupayaan dan teknologi semasa.

WAKTU DAN SKOP PERKHIDMATAN (BUSINESS HOUR & SCOPE)
Unit ini memberikan perkhidmatan setiap hari pada waktu bekerja dan mengikut keperluan di luar waktu bekerja secara tugas atas panggilan.Pelanggan-pelanggan unit ini adalah pengamal-pengamal perubatan dan pesakit mereka dari Unit Kecemasan, Unit Pesakit Dalam, Klinik-klinik Lawatan Pakar, Unit Pesakit Luar Hospital Baling, Klinik Pergigian Baling, Klinik-klinik Kesihatan sekitar daerah Baling, Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu Perak, Pusat Perubatan Angkatan Tentera Pengkalan Hulu, Klinik Lawatan Susulan Pakar Hospital-hospital berhampiran.


PERJAWATAN
Pengisian jawatan untuk unit ini bagi tahun 2013 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual di bawah :-



KHIDMAT LAWATAN PAKAR RADIOLOGI
Pada tahun 2005 khidmat lawatan Pakar Radiologi dari Hospital Sungai Petani tidak dapat dijalankan. Semua urusan yang memerlukan khidmat Pakar Radiologi akan dirujuk ke Hospital Sungai Petani.


Pegawai Bertanggungjawab:
En. Rosli bin Yusof (Juru X-Ray U32)
Contact No:04-470 1333 ext 1120
Emailrosliyusof@moh.gov.my
Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article