\ >
  • First Image
  • Second Image
  • Third Image
  • Fourd Image
  • Five Image
  • Six Image

    HOSPITAL BALING NEGERI KEDAH

    Jalan Hospital
    09100 Baling
    Kedah Darul Aman
    Tel : 04-4701333
    Faks : 04-4701160
    Email : hbaling@moh.gov.my

Carian

Farmasi & Bekalan

Posted by webmaster on 2013/4/29 3:30:00 (831 reads)
Home / Perkhidmatan / Sokongan Klinikal/ Farmasi & Bekalan

PENDAHULUAN
Unit Perkhidmatan Farmasi dan Bekalan Hospital Baling merupakan salah satu perkhidmatan sokongan terpenting yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Unit Farmasi dan Unit Stor Perubatan Integrasi.Unit Farmasi menyediakan perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam dan Farmasi Pengeluaran. Manakala Unit Stor Perubatan Integrasi menyediakan perkhidmatan perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan, alatan perubatan dan bukan perubatan, gas perubatan dan aset hospital kepada unit-unit di hospital.


VISI

Perkhidmatan Yang Mesra Pelanggan Dan Kearah aduan Sifar.

MISI

Sentiasa Memenuhi Kehendak Pelanggan Dengan Perkhidmatan Yang Berkualiti.

PIAGAM PELANGGAN
Unit Farmasi
Kami Menjanjikan:


  • Layanan mesra setiap masa

  • Pesakit akan dibekalkan ubat-ubatan dalam masa 15-30 minit. Sekiranya surat ubat (preskripsi) itu sah, lengkap dan tidak bermasalah

  • Setiap ubat-ubatan yang akan dibekalkan tepat, berkualiti, selamat dan berkesan

  • Ubat-ubatan akan dilabel dengan lengkap dan jelas

  • Pesakit akan diberikan kaunseling ubat-ubatan oleh Pegawai Farmasi bila perlu.



Unit Stor Perubatan Integrasi

Unit Stor Perubatan Integrasi berazam untuk memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan objektifnya dan memberi jaminan bahawa:



  • Peruntukan akan dibelanjakan dengan seimbang dan sebaik mungkin bagi mengoptimakan sumber-sumber.

  • Stok barang-barang standard dan bukan standard yang disimpan stoknya akan sentiasa mencukupi dan dapat memenuhi keperluan penggunaan semasa.

  • Bagi perolehan bagi barang-barang standard dan bukan standard (bukan simpanan stok) akan dibekal terus kepada pemesan/pengguna tanpa disimpan stok.

  • Pembekalan barang-barang akan dibuat dalam masa empat (4) minggu dari tarikh borang permohonan diterima.

  • Memberi layanan yang mesra setiap masa.




Kami akan memenuhi akreditasi yang ditetapkan.



Carta Organisasi


Pegawai Bertanggungjawab :
Pn. Azlida Binti Selamat (Pegawai Farmasi U48)
Telefon (P) : 04-4701333 Ext 1320
Email : azlida@moh.gov.my
Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article