\ >

Carian

Pesakit Dalam

Posted by webmaster on 2013/4/29 3:30:00 (1068 reads)
Home / Perkhidmatan / Klinikal/ Pesakit Dalam

PENDAHULUAN

Program Rawatan Pesakit Dalam memberi perkhidmatan diagnostik, rawatan pemulihan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sempurna. Perkhidmatan tanpa pakar yang disediakan merupakan perkhidmatan klinikal yang profesional, cekap dan efisien. Pengembangan skop perkhidmatan kepakaran telah diperkemaskan dari masa ke semasa, selain dari mengadakan perkhidmatan-perkhidmatan perubatan, program ini juga memberi perhatian untuk meningkatkan imej hospital melalui peningkatan dan memperbaiki kemudahan-kemudahan fizikal, keselesaan pesakit, pendidikan dan lain- lain.



SUMBER-SUMBER


Tenaga Manusia

 
Unit. Pesakit Dalam diketuai oleh Penyelia Jururawat U36 iaitu Matron Nawiyah Bt Ismail dan Matron Khor Li Li. Terdapat 12 orang Ketua Jururawat U32 dan masih ada 1  lagi kekosongan jawatan.  



Kemudahan-Kemudahan

Hospital Baling mempunyai 160 katil adalah Hospital tanpa pakar. Ia merangkumi perkhidmatan Perubatan, Pembedahan, Kanak-kanak, Perbidanan, Sakit Puan dan Isolasi.Terdapat 3 buah wad dengan bilangan katil sebanyak 90 buah dikhaskan untuk rawatan Perubatan Am dan Pembedahan manakala 2 buah wad untuk pesakit kanak- kanak dan nurseri dengan jumlah sebanyak 41 buah katil.


RUJUKAN KE HOSPITAL LAIN
Rujukan ke hospital berpakar dari Unit O&G  masih merupakan sebab-sebab utama rujukan ke lain-lain hospital selaras dengan polisi  hospital yang hanya membenarkan perkhidmatan menyambut kelahiran biasa sahaja.


KLINIK PERUBATAN RESPIRATORI
Klinik ini juga dijalankan bagi mengendalikan kes-kes TB dan kes respiratori selepas keluar wad , ia merupakan klinik susulan daripada rawatan yang diterima di dalam wad.


UNIT SOKONGAN
Perkhidmatan berikut membantu Perkhidmatan Dalam serta unit-unit di hospital serta klinik-klinik yang berhampiran.


CSSU

  • Bahagian ini berfungsi dengan mengimolikasikan prinsip sterilization dengan efektif bertujuan mengelakkan dan mengawal infeksi di hospital.

Dewan Bedah

  • Perkhidmatan ini hanya melaksanakan kes-kes minor sahaja termasuk D&C dan berkhatan.


Pegawai Bertanggungjawab:Matron Nawiyah Binti Ismail (Penyelia Jururawat U36)
Telefon (P) :04-470 1333 ext 1804

Email : nawiyah@moh.gov.my
Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article