\ >
  • First Image
  • Second Image
  • Third Image
  • Fourd Image
  • Five Image
  • Six Image

    HOSPITAL BALING NEGERI KEDAH

    Jalan Hospital
    09100 Baling
    Kedah Darul Aman
    Tel : 04-4701333
    Faks : 04-4701160
    Email : hbaling@moh.gov.my

Carian

Klinik Pakar

Posted by webmaster on 2013/4/29 3:30:00 (1039 reads)

Home / Perkhidmatan / Klinikal/ Klinik Pakar



PENGENALAN

Klinik Lawatan Pakar diwujudkan di Hospital Tanpa Pakar dengan tujuan untuk memudahkan pesakit mendapatkan pemeriksaan Pakar dan juga memudahkan Pegawai Perubatan membuat rujukan.Perkidmatan ini juga dapat mengurangkan masa menunggu pesakit dan menjimatkan belanja pesakit bagi mendapatkan pemeriksaan dan perkhidmatan Pakar.Perkhidmatan Klinik Lawatan Pakar adalah mengikut jadual yang di tetapkan dan pesakit akan di beri tarikh temu janji dan jadual lawatan akan disediakan oleh Pakar, contohnya sebulan sekali, dua kali sebulan atau setiap minggu.


OBJEKTIF
Memberi perkidmatan rawatan dan pemeriksaan kepakaran yang terbaik, efektif dan efisen serta berkualiti di dalam memenuhi keperluan, kehendak dan hasrat pelanggan.

MISI
Mewujudkan satu organisasi kesihatan mesra yang memberi perawatan kepakaran optima yang berkualiti, bernilai terkini dan berharmonis.

VISI
Menyediakan Perkhidmatan Yang Berkualiti Dan Cepat Ke Arah Hospital Rakan Anda

FUNGSI
Menerima kes yang dirujuk oleh pegawai perubatan mengikut temu janji untuk pemeriksaan, siasatan makmal, rawatan serta rujukan ke lain-lain institusi. Lawatan Pakar adalah di datangkan dari Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Setar mengikut jadual yang di tetapkan. Terdapat pelbagai disiplin di klinik lawatan pakar iaitu :



  • Klinik Lawatan Pakar Kanak-Kanak

  • KlinikLlawatanPpakar Pembedahan AM

  • Klinik Lawatan Pakar Perubatan AM

  • Klinik Lawatan Pakar Mata

  • Klinik Lawatan Pakar ENT

  • Klinik Lawatan Pakar Kulit

  • Klinik Lawatan Pakar Pesakit Mental

  • Klinik Lawatan Pakar Ortopedik

  • Klinik Lawatan Pakar Dada

  • Klinik Lawatan Pakar Pesakit Puan

BIDANG TUGAS
Bertanggung jawab untuk menjalankan pemeriksaan, membuat siasatan makmal dan merawat pesakit yang di rujuk. Pesakit akan di beri tarikh temu janji untuk datang samula jika diperlukan. Klinik ini juga bertanggung jawab untuk merujuk pesakit untuk di masukkan ke dalam wad untuk rawatan selanjutnya, contohnya untuk pembedahan. Pakar juga bertanggungjawab di dalam menyediakan laporan perubatan apabila diperlukan.


Pegawai Penyelia : Pn. Siti Rafidah Bt Ariffin (Ketua Jururawat Gred U32)
Email : sitirafidah@.moh.gov.my
Telefon (P) : 04-470 1333 EXT 1930

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article