\ >

Carian

Unit Rekod Perubatan

Posted by webmaster on 2013/4/29 12:40:00 (860 reads)
Home / Perkhidmatan / Pengurusan / Rekod Perubatan




PENDAHULUAN

Merupakan salah satu perkhidmatan sokongan kepada Pentadbiran dan Pengurusan rekod pesakit. Terletak di antara Klinik Pakar dan Unit Pesakit Luar. Unit ini mempunyai mempunyai dua bahagian iaitu Pusat Simpanan Rekod dan Pejabat Pengurusan Rekod Perubatan.



FUNGSI

Unit ini menyediakan perkhidmatan penyediaan laporan perubatan termasuk memberikan maklumat dan khidmat nasihat mengenai tuntutan faedah hilang upaya kekal atau sementara, Insuran, Perkeso, Polis, waris, pihak majikan atau pun pihak ketiga. Unit ini juga membekalkan statistik dan laporan mengenai beban kerja Program Rawatan Pesakit Dalam, Unit Kecemasan dan perkhidmatan sokongan lain secara berkala ataupun Ad hoc. Unit ini juga bertanggungjawab menyelaras projek CDCIS dan HMIS2 di samping menyediakan perkhidmatan rujukan dan pengesanan untuk kes Sapina Pegawai Perubatan.

PERJAWATAN



 



PENCAPAIAN PROGRAM PENGUKUHAN KUALITI



(i) Projek CDCIS
Pencapaian Projek CDCIS pada keseluruhannya amat memuaskan di mana sebanyak 276 kes penyakit berjangkit telah berjaya di daftar dalam Sistem Maklumat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDCIS) bagi tahun 2005 berbanding 325 kes pada 2004 (penurunan sebanyak 49 kes).




(ii) Penyediaan Laporan Perubatan
Jumlah keseluruhan penyediaan laporan perubatan bagi tahun 2005 adalah sebanyak 829 laporan berbanding tahun 2004 iaitu sebanyak 626 permohonan (peningkatan sebanyak 203 laporan). Unit ini telah melaksanakan sistem penyediaan laporan perubatan setempat di mana Pegawai Perubatan hanya perlu menyedia dan menaip laporan di Unit Rekod. Ini telah membantu mengurangkan masa untuk proses penyediaan laporan perubatan. Di samping itu, penggunaan Sistem Pengurusan Laporan Perubatan juga telah dilaksanakan untuk memantau proses permohonan laporan perubatan tersebut.



(iii) Sistem Pendaftaran Masuk Wad
Sistem Pendaftaran Masuk Wad Hospital Baling telah dibangunkan dan diaplikasikan sejak tahun 2004 telah berjaya mengurangkan bebanan pengisian data dan maklumat di dalam Sistem Maklumat Rawatan Pesakit (SMRP) di Unit Rekod Perubatan. Laporan berjaya dikeluarkan dengan mengurangkan masa sebanyak 50%. Walaubagaimanapun, penggunaan sistem berkenaan akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa ke arah memantapkan pengurusan maklumat pesakit.Secara keseluruhan, terdapat peningkatan dalam jumlah kedatangan pesakit di Unit Kecemasan, Jumlah kemasukan ke wad pada tahun 2005, kadar penggunaan katil hospital telah mencatatkan peningkatan daripada 40.42% di dalam tahun 2004 kepada 41.11% .



Pegawai Penyelia (Y/M) : Pn Zarina bt Abd Ghani (Pen. Peg Tadbir (Rekod Perubatan), N27


Telefon (P) 04-470 1333 ext 1925

Email : zarinaghani@moh.gov.my


Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article