\ >

Carian

Teknologi Maklumat

Posted by webmaster on 2013/4/29 13:30:00 (494 reads)
Home / Perkhidmatan / Pengurusan / Teknologi Maklumat

Pengenalan


Unit Teknologi Maklumat yang pada mulanya dikenali dengan Unit Sistem Maklumat adalah merupakan entiti kepada Bahagian Pengurusan Hospital Baling yang ditempatkan di Unit Pentadbiran Hospital Baling. Unit ini telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2005 dengan pengisian jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat gred F29. 



Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan help desk bagi semua sistem berkomputer.

  1. Memastikan setiap komputer dilengkapi perisian Antivirus dan sentiasa dikemaskini.

  2. Membantu terhadap pengurusan latihan teknikal dan aplikasi kepada kakitangan dan pengguna.

  3. Memastikan penerimaan peralatan ICT baru dan yang sedia ada berada dalam keadaan yang baik dan dapat beroperasi dengan sempurna.

  4. Bertanggungjawab dalam merekabentuk dan proses pengumpulan maklumat untuk laman web rasmi Hospital.

  5. Penyelenggaraan perisian sistem, perkakasan dan sistem aplikasi.

  6. Khidmat nasihat dan rundingcara perolehan produk ICT.

  7. Bertanggungjawab memastikan semua sistem maklumat berkomputer yang terdapat di hospital dapat beroperasi dengan baik dan sempurna.

  8. Kemudahan infrastruktur rangkaian dan internet.



Pegawai Y/M : Pn. Julaina Asrizan bt Johari(Pen. Peg. Tek. Maklumat, F29) 


Telefon (P) : 04-470 1333 ext 1810

Email : julainasrizan@moh.gov.my



Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article