\ >

Carian

Unit Keselamatan

Posted by webmaster on 2013/4/29 13:30:00 (511 reads)
Home / Perkhidmatan / Pengurusan / Unit Keselamatan

PENGENALAN

Unit Keselamatan mula ditubuhkan pada awal tahun 2009 dan pengisian jawatan Pembantu Keselamatan hanya mula diisi pada bulan Oktober 2009. Unit Keselamatan bertanggungjawab mengurus berkaitan pemantauan terhadap pengawal keselamatan.

VISI
Menjadi rujukan keselamatan perlindungan terunggul.

MISI

1. Meningkatkan kepakaran keselamatan perlindungan.

2. Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan yang berkesan di agensi unit - unit yang berkaitan.

3. Memastikan pematuhan kepada Akta dan Peraturan Keselamatan Perlindungan.

4. Membudayakan keselamatan perlindungan kepada semua pelanggan.

5. Meminimakan pelanggaran keselamatan di agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan.


OBJEKTIF

Objektif penubuhan ialah untuk menjadi pusat rujukan kepada semua isu berkenaan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel di samping menggubal, mengeluarkan dan menentukan dasar keselamatan perlindungan untuk dilaksanakan dengan sempurna.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Menjalankan pemantauan terhadap pengawal keselamatan

2. Menjalankan pemantauan di sekitar hospital dari segi kawalan keselamatan fizikal seperti pagar - pagar hospital, pencahayaan di -kawasan hospital, parking - parking di kawasan hospital.

3. Membuat sistem kunci tayar dimana kenderaan yang meletakkan kenderaan di tempat larangan. Antara kawasan larangan yang tidak boleh meletakkan kenderaan ialah:
* Parking ambulan Berbumbung berhadapan Unit Kecemasan Lama
* Jalan Selekoh keluar dari Pejabat Pentadbiran
* Selekoh masuk ke rumah penginapan pengarah hospital
* Kiri kanan jalan utama masuk ke dalam kawasan hospital

4. Membuat pemantauan sistem kunci-kunci di hospital.
* Semua kunci utama unit - unit yang berada di hospital akan disimpan di dalam satu peti kunci di dalam Unit Kecemasan dimana Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas akan memegang kunci peti tersebut dan seseiapa yang mengambil hendaklah direkodkan di dalam buku keluar masuk kunci yang disediakan.

5. Membuat pemantauan CCTV:
Terdapat beberapa kamera cctv dipasang di dalam kawasan hospital



WAKTU BERTUGAS

Ahad - Khamis = 0800 pagi - 0500 petang
Waktu Rehat = 0100 petang - 0200 petang
Jumaat & Sabtu = Cuti


Pegawai Y/M : Pn. Khairiyah Bt Yahya
Telefon (P) : 04-470 1333

Email : khairiyah_yahya@moh.gov.my
Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article