\ >

Carian

Kelab Sukan & Kebajikan Hospital Baling

Posted by Anonymous on 2014/11/16 2:10:00 (866 reads)
Pengenalan

Kelab Sukan & Kebajikan Hospital Baling

Nama dan Permulaan Kuat Kuasa

(1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan “PERATURAN-PERATURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN, HOSPITAL BALING TAHUN 2014”.

(2)Peraturan-peraturan ini mula berkuatkuasa pada 16 nov 2014.

Pemakaian

Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan ,Hospital Baling.

Tafsiran

(1)Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain –

“Kakitangan” termasuklah:-

a) Semua kakitangan dan pekerja
yang sedang berkhidmat di Majlis
Daerah Baling
b) Semua Pegawai/Kakitangan/
Pekerja bertaraf Tetap;
c) Semua Pegawai/Kakitangan/
Pekerja bertaraf Kontrak;
d) Semua Pegawai/Kakitangan/
Pekerja Sambilan;
e) Semua Pegawai/Kakitangan/Pekerja
yang gajinya dibayar oleh
pihak Kementerian; dan
f) Semua Pegawai/Kakitangan/
Pekerja yang dilantik oleh
Kelab Sendiri.

“Kelab” ertinya satu pertubuhan yang ditubuhkan bagi menjaga hal-hal berkaitan sukan dan kebajikan semua Pegawai/Kakitangan/Pekerja di Hospital Baling.

“Kebajikan Am” ertinya sesuatu perkara / program yang dilakukan dijalankan yang membawa kebaikan, perbuatan yang baik.

“Musibah” ertinya sesuatu bencana, ujian mala petaka yang dihadapi oleh ahli kelab.

“Isteri Ahli” ertinya wanita yang mempunyai hubungan sah dengan ahli dan isteri tersebut mestilah merupakan isteri yang pertama.

“Suami Ahli” ertinya lelaki yang mempunyai hubungan sah dengan ahli kelab.

“Anak Ahli” ertinya anak yang lahir hasil dari hubungan yang sah antara isteri/suami ahli. Ini tidak termasuk anak angkat, anak tiri.

“Saudara Terdekat” ertinya ibu bapa, ibu bapa mertua.

(2)Sekiranya berbangkit sesuatu perselisihan faham tentang erti atau tafsiran peraturan ini, atau sesuatu perkara yang tiada tercatit di dalamnya, maka Jawatankuasa Tadbir adalah berkuasa membuat tafsiran dan memutuskannya dan keputusan Jawatankuasa Tadbir itu adalah muktamad melainkan jika dirombak semula di dalam Meyuarat Agung.

Nama dan Alamat

Persatuan ini dikenali dengan nama KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KSDK) HOSPITAL BALING, kemudian dari ini akan disebut “KELAB” atau” KSDKS”. Alamat kelab ini ialah:-

D/A: HOSPITAL BALING
09100 BALING, KEDAH
DARUL AMAN





  • Logo

    Logo yang digunapakai dalam semua urusan surat menyurat Kelab adalah seperti berikut:-


    Tujuan

    Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan-tujuan berikut:-


    (1)Mengeratkan silaturahim, pergaulan dan mendisiplinkan diri ahli-ahli kelab ke arah mengwujudkan semangat bekerjasama di kalangan ahli-ahli serta memupuk semangat muhibah dan rasa hormat menghormati;

    (2)Untuk menggalakkan dan meyediakan peluang serta kemudahan kepada ahli-ahli dalam bidang kebajikan am, ilmu, agama, sosial, sukan dan lain-lain aktiviti yang dikira mendatangkan faedah kepada ahli;

    (3)Berusaha meninggikan moral dan akhlak ahli-ahli dengan berpandukan Syariat Islam dan juga Prinsip-prinsip Rukun Negara;

    (4)Memungut dan mengeluarkan derma untuk kebajikan atau jariah atas Kematian, Persaraan, Pertukaran, Perkahwinan, Pembelajaran, Kursus, Musibah dan lain-lain seperti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir. Walau bagaimanapun, Kelab ini tidak boleh mengeluarkan bantuan seperti yang dilarang di dalam Jadual 11, Akta Pertubuhan 1966;

    (5)Berusaha mencari wang, perniagaan, derma atau bantuan bagi membolehkan semua ahli melanjutkan pelajaran dalam usaha meningkatkan lagi taraf pendidikan, sosial, kebudayaan, riadah dan kebajikan semua ahli; dan

    (6)Merancang dan mengadakan rancangan-rancangan kebajikan untuk semua ahli seperti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir yang bermesyuarat dari masa ke semasa.

    Keahlian

    Semua Kakitangan yang sedang berkhidmat di Hospital Baling adalah layak menjadi ahli Kelab ini.

    Yuran

    Setiap ahli Kelab dikenakan yuran bulanan sebanyak RM 2.00 setiap bulan yang dibayar sendiri oleh ahli kelab kepada Bendahari Kelab.

    Yuran Khas

    Yuran Khas atau Kutipan wang daripada semua ahli untuk sesuatu perkara/program yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas yang dibuat mengenainya.

    Kewangan

    (1)Sumber kewangan Kelab ini adalah terdiri daripada:-

    (a)Yuran Ahli;

    (b)Sumbangan Derma;

    (c)Bantuan Kewangan Dari
    Pengurusan; dan

    (d)Yuran Khas/Wang Kutipan dari
    semua ahli Kelab /
    Perniagaan dengan
    cara yang ditetapkan
    oleh Jawatankuasa Tadbir
    atau Mesyuarat Agung.

    (2) Tahun Kewangan Kelab ini ialah daripada 01hb. Januari hingga 31hb. Disember setiap tahun.

    (3) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam peraturan ini, wang Kelab hendaklah digunakan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah untuk menjalankan tujuan-tujuan Kelab termasuk belanja pentadbiran, gaji, upah, bayaran audit, saguhati atau elaun pekerja.

    (4) Wang Kelab ini TIDAK sekali-kali boleh digunakan untuk membayar denda atas seseorang ahli Kelab yang dijatuhkan hukuman di Mahkamah.

    (5) Bendahari Kelab dibenarkan menyimpan Wang Tunai ditangan sebanyak
    RM 500.00 (RINGGIT MALAYSIA : LIMA RATUS SAHAJA) sebagai Panjar Wang Runcit (Petty Cash) pada sesuatu masa dan wang yang selebihnya itu hendaklah disimpan di dalam mana-mana Bank yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir dan kira-kira Bank tersebut hendaklah dibuat dengan menggunakan nama Kelab.

    (6) Urusan pengeluaran wang dan cek-cek Kelab hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari Kelab.

    (7) Semua perbelanjaan yang melebihi daripada RM 2,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: DUA RIBU SAHAJA) bagi sesuatu masa hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Jawatankuasa Tadbir.

    (8) Hendaklah disediakan Penyata Wang yang diterima dan yang dibelanjakan serta timbangan kira-kira dengan seberapa segera selepas tamat tahun kewangan.

    (9) Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun berikutnya untuk disahkah.




    Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
    Attached Files: Carta organisasi.pdf