\ >

Carian

Aktiviti

Posted by Anonymous on 2014/11/16 6:00:00 (445 reads)
Aktiviti

Kelab Sukan Dan Kebajikan Hospital Baling

Mesyuarat Agung Tahunan telah bersetuju untuk:-

Derma Kematian


(a) Kelab akan menyalurkan derma dalam amaun berikut dalam usaha meringankan beban ahli Kelab. Jika ahli Kelab sendiri yang meninggal dunia, wang derma sebanyak RM 100.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU RATUS SAHAJA) akan diberikan kepada waris terdekat. Jika isteri ahli, suami ahli atau anak ahli yang meninggal, wang sebanyak RM 50.00 (RINGGIT MALAYSIA: LIMA PULUH SAHAJA).

(b) Bagi hal-hal berkaitan dengan kematian ahli Kelab, kutipan wang khairat kematian sebanyak RM 1.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU RINGGIT SAHAJA) akan dibuat ke atas setiap ahli. Wang tersebut akan diberikan kepada waris terdekat ahli Kelab yang meninggal.


Sumbangan Perubatan (Bagi Kemasukan Ke Wad)


(a) Semua ahli Kelab serta isteri ahli, suami ahli, anak ahli dan saudara terdekat ahli yang mendapat rawatan di hospital akan menerima sumbangan perubatan dari Kelab;

(b) Sumbangan ini walaubagaimanpun dihadkan kepada kemasukan ke wad sebanyak TIGA (03) KALI sahaja dalam masa setahun bagi setiap ahli Kelab


Dermasiswa

(a) Pihak Kelab selama penubuhannya telah memberi sumbangan berupa dermasiswa kepada anak ahli yang mendapat kelulusan cemerlang dalam pelajaran (peperiksaan);

(b)Dermasiswa yang disalurkan adakan seperti berikut:-

(i)Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) - RM 30.00 ( 4 A ke atas )
(ii) Penilaian Menengah Rendah (PMR) - RM 50.00 ( 5 A ke atas )
(i)Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Sijil Pelajaran Vokosional M’sia (SPVM) - RM 80.00 ( 4 A & 2 B )
(ii)Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) dan
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
-M 100.00 ( 4 P & MUET )
(iii)IPTA dan IPTS -RM 120.00 ( CGPA 3.50 )


(4)Dalam perihal yang melibatkan persaraan, ahli Kelab akan diberikan saguhati sebanyak RM150.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU RATUS LIMA PULUH SAHAJA) sebagai penghargaan di atas jasa kepada Kelab.

(5)Dalam perihal keceriaan terutama dari hal perkahwinan ahli, Kelab memberikan sumbangan berupa hadiah yang mana nilainya tidak boleh melebihi RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA: LIMA PULUH SAHAJA) kepada ahli Kelab yang melangsungkan perkahwinan pada kali pertama atau kali pertama semasa berkhidmat di dalam Hospital Baling.

(6)Bagi meringankan beban yang akan ditanggung oleh ahli dalam melaksanakan ibadah Haji atau Umrah, pihak Kelab akan memberikan sumbangan sebanyak RM 50.00 (RINGGIT MALAYSIA: LIMA PULUH SAHAJA) bagi ahli yang akan mengerjakan umrah manakala RM100.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU RATUS SAHAJA) bagi ahli yang akan mengerjakan ibadah Haji. Wang ini hanya akan diberikan SEKALI sahaja kepada setiap ahli Kelab.


(7)Kursus yang akan dianjurkan oleh Kelab akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tadbir yang akan bermesyuarat dari masa ke semasa dan berdasarkan kertas kerja yang disediakan oleh biro berkenaan.

(8)Kelab juga akan memberikan sumbangan kepada mana-mana ahli Kelab yang ditimpa musibah yang mana jumlah sumbangan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tadbir atau Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas dengan dirujuk terlebih dahulu kepada Penaung dan Penasihat Kelab.

Pindaan Peraturan

Peraturan ini TIDAK BOLEH dipinda, ditambah atau dibatalkan, sama ada sebahagian darinya atau keseluruhanya kecuali dengan persetujuan 1/3 daripada jumlah ahli-ahli yang hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas yang diambil dengan cara mengundi.

Mesyurat JawatanKuasa Tadbir

(1) Hendaklah diadakan dengan:-

(a) Kehendak Pengerusi;

(b) Ketetapan Jawatankuasa Tadbir; dan

(c) Permintaan sekurang-kurangnya TIGA

(03) orang Ahli Jawatankuasa Tadbir, pada bila-bila masa yang dikehendaki.

(2) Notis panggil mesyuarat hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa TUJUH (07) HARI terlebih dahulu daripada tarikh mesyuarat;

(3) Sekurang-kurangnya 1/3 dari jumlah Ahli Jawatankuasa Tadbir hendaklah hadir menjadi cukup bilangan (korum) bagi sesuatu mesyuarat; dan

(4) Mana-mana Ahli Jawatankuasa Tadbir yang tidak hadir mesyuarat sebanyak TIGA (03) HARI BERTURUT-TURUT tanpa sebab-sebab yang memuaskan adalah dianggap sebagai telah meletak jawatan.


Larangan

(1) Kelab ini adalah DITEGAH sama sekali menganjurkan atau terlibat di dalam urusan-urusan berbentuk perjudian atau pertaruhan yang bergantung kepada nasib; dan

(2)Kelab ini TIDAK BOLEH mencampuri atau mengambil bahagian di dalam urusan-urusan politik atau bergabung dengan mana-mana parti politik yang sedang atau tidak mentadbir sesebuah kerajaan.





Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article