\ >
  • First Image
  • Second Image
  • Third Image
  • Fourd Image
  • Five Image
  • Six Image

    HOSPITAL BALING NEGERI KEDAH

    Jalan Hospital
    09100 Baling
    Kedah Darul Aman
    Tel : 04-4701333
    Faks : 04-4701160
    Email : hbaling@moh.gov.my

Carian

UNIT HASIL

Posted by Anonymous on 2013/10/29 2:10:00 (466 reads)
PENGENALAN

Unit Hasil adalah satu unit dibawah bahagian Pengurusan. Unit ini berperanan mengurus kutipan hasil kerajaan dari pelbagai sumber seperti kutipan pesakit dalam, pesakit luar, bayaran sewa bangunan, tanah, bayaran laporan perubatan dan pebagai bayaran yang dibenarkan.

Bilik Daftar Masuk diletakan dibawah pentadbiran unit hasil dimana fungsinya mendaftar pesakit dalam dan membuat kutipan hasil pada waktu pejabat iaitu Ahad sehingga Khamis serta kutipan deposit.

Objektif:

Memberi sokongan kewangan kepada program dan aktiviti Kementerian Kesihatan Malaysia melalui
pelaksanaan dasar hasil berdasarkan prosedur-prosedur, arahan-arahan, dan perkeliling-pekeliling kewangan yang ditetapkan.

Tumpuan diberikan kepada perwujudan sistem kutipan hasil yang berkesan yang boleh menambahkan hasil dan sumber kewangan kerajaan.


Piagam Pelanggan Unit Hasil :

1)Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan dengan baik,mesra, bertimbang rasa,hormat,bersopan santun,jujur dan ikhlas.

2)Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional

3)Setiap pelanggan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

4)Semua Pelanggan akan diberikan perkhidmatan mengikut giliran.

5)Proses penyediaan resit dan bil akan dilakukan dalam masa 4 minit bagi keadaan biasa.

6)Bagi kes-kes yang tidak dapat diselesaikan di Peringkat Kaunter akan dirujuk kepada pegawai atasan yang berkenaan.

Lokasi Unit :

Unit Hasil terletak di antara Unit Othopedik dan Unit Pesakit Luar,bersebelahan dengan Unit Rekod.


Waktu Perkhidmatan:




Pegawai Penyelia : EN. ABDUL MALIK BIN AHMAD
Telefon(P) : 04-470 1333 Ext:1921
Emel : amalik@moh.gov.my

Selepas waktu pejabat segala urusan pendaftaran Wad dan Pembayaran dirujuk ke Unit Kecemasan
Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article