\ >

Carian

Kewangan

Posted by Anonymous on 2013/10/30 1:40:00 (431 reads)
Home / Perkhidmatan / Pengurusan/Kewangan & Hasil

KEWANGAN

Bahagian Kewangan bertanggungjawab memohon peruntukan, mengawal peruntukan dan mengawal perbelanjaan bagi semua program dan aktiviti melalui sistem espkb samada pembayaran emolumen, pembayaran pembekalan, pembayaran khidmat sokongan (penswastaan) serta peruntukan pembangunan mengikut prosedur-prosedur dan arahan-arahan kewangan. Mewujudkan waran sampingan atau pecahan peruntukan kepada objek sebagai keatas peruntukan yang diterima dibawah objek am kepada aktiviti-aktiviti yang sediada untuk dibelanja secara berhemah dan terkawal. Melaksanakan pembelian dan bayaran serta kawalan peruntukan melalui sistem e-SPKB dan e-Perolehan.

Bahagian ini juga berusaha memastikan setiap bayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen diterima dengan sempurna. Bayaran utiliti yang terdiri daripada perkhidmatan telefon, smart-pay petronas dan Tenaga Nasional dibayar secara pukal yang diselenggarakan oleh pihak Akauntan Negara Cawangan Negeri Kedah.
Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article