Unit Kualiti Hospital Baling mula diwujudkan secara rasminya pada 11 Jun 2002. Ini adalah berikutan dengan saranan Bahagian Piawaian Kualiti KKM yang mahukan setiap hospital kerajaan di Malaysia mempunyai satu unit Kualiti khas. Ia bertujuan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
LOKASI:
Unit Kualiti Hospital Baling terletak diantara wad peadiatrik 4 dan 5 dan bersebelahan dengan Pusat Sumber.
MASA PERKHIDMATAN
Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
2.00 petang hingga 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
1.00 petang hingga 3.30 petang
OBJEKTIF UNIT KUALITI HOSPITAL BALING
1. Memastikan semua aktiviti peningkatan kualiti berjalan lancar.
2. Mengumpul, memproses dan merumus data aktiviti kualiti dengan cepat.
3. Memastikan semua anggota Hospital Baling mendapat latihan dalam aspek kualiti dalam usaha menambahbaikan mutu perkhidmatan.
4. Menyediakan sistem dokumentasi yang sistematik bagi semua aktiviti peningkatan kualiti.
5. Memastikan sumber yang diperolehi adalah tepat.
1. Memantau dan mengumpul maklumat semua aktiviti kualiti bahagian klinikal,sokongan klinikal dan bukan klinikal berpandukan indikator yang dijalankan di Hospital Baling
AKTIVITI-AKTIVITI FUNGSI UTAMA
1. Mengumpul dan menyediakan laporan aktiviti kualiti dan reten untuk diserahkan kepada Pengarah Hospital dan JKN Kedah (Unit Kualiti) untuk 6 bulan pertama dan 6 bulan kedua. 2. Menjalankan analisa keatas maklumat aktiviti kualiti dan reten yang diterima 3. Menerima dan membuat siasatan dalam insiden yang diterima 4. Pemohonan maklumat dan data-data dari unit kualiti.
Penyelaras: Normah Binti Ahmad Ketua Jururawat U32 Telefon (P): 04 4701333 ext 1503 Email : normahmad@moh.gov.my
Posted by Anonymouson 2013/10/30 2:00:00
(1122 reads)
DEFINISI
HRMIS adalah singkatan bagi Human Resource Management Information System atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia.
Sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai sehingga pegawai bersara.
FUNGSI
Menyelaras dan memantau aktiviti pelaksanaan HRMIS di jabatan;
Menjadi penghubung jabatan kepada JKN Kedah/JPA/Kementerian dalam pelaksanaan HRMIS;
Memastikan semua data asas HRMIS dikemaskini dan disahkan terutamanya Data Perjawatan, Rekod Peribadi, Profil Perkhidmatan dan data-data kritikal yang lain yang diperlukan bagi pelaksanaan sesuatu Modul/Submodul HRMIS;
Menjadi point of reference kepada pengguna di jabatan dalam pelaksanaan HRMIS (Helpdesk);
Mempromosikan penggunaan aplikasi HRMIS di Hospital Baling.
Posted by Anonymouson 2013/10/30 1:40:00
(503 reads)
Permohonan dan Pengeluaran Rekod Perubatan
Permohonan rekod perubatan dibuat oleh pelbagai pihak seperti pesakit,pdrm,syarikat peguam,pihak insurans,jabatan kebajikan masyarakat serta badan2 berkaitan. Semua permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM40.00 bagi warganegara Malaysia dan RM80.00 bagi warganegara asing. Permohonan tersebut akan diproses dan disiapkan dalam tempoh masa 14 hari - hari bekerja.
Posted by Anonymouson 2013/10/30 1:40:00
(712 reads)
PENGENALAN
Fungsi Unit Pentadbiran Am adalah memberikan perkhidmatan rencam dan 'housekeeping kepada jabatan yang merangkumi urusan am pentadbiran seperti menguruskan surat-menyurat (penerimaan dan pengeposan), faks, pengurusan fail (pembukaan fail, penutupan fail) dan lain-lain. Mengurus penggunaan kemudahan fasiliti Bilik Mesyuarat Utama dan Dewan Sri Indah dengan teratur. Menyelenggarakan dan merekod keluar masuk anggota rumah kerajaan (kuaters). Bertindak sebagai penyambung dan penyampai maklumat kepada semua bahagian/unit di dalam organisasi termasuk juga ke PTJ atau jabatan-jabatan lain.