Bahagian Kewangan bertanggungjawab memohon peruntukan, mengawal peruntukan dan mengawal perbelanjaan bagi semua program dan aktiviti melalui sistem espkb samada pembayaran emolumen, pembayaran pembekalan, pembayaran khidmat sokongan (penswastaan) serta peruntukan pembangunan mengikut prosedur-prosedur dan arahan-arahan kewangan. Mewujudkan waran sampingan atau pecahan peruntukan kepada objek sebagai keatas peruntukan yang diterima dibawah objek am kepada aktiviti-aktiviti yang sediada untuk dibelanja secara berhemah dan terkawal. Melaksanakan pembelian dan bayaran serta kawalan peruntukan melalui sistem e-SPKB dan e-Perolehan.
Bahagian ini juga berusaha memastikan setiap bayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen diterima dengan sempurna. Bayaran utiliti yang terdiri daripada perkhidmatan telefon, smart-pay petronas dan Tenaga Nasional dibayar secara pukal yang diselenggarakan oleh pihak Akauntan Negara Cawangan Negeri Kedah.
Posted by Kualition 2013/10/30 1:30:00
(691 reads)
HPIA akan dilaksanakan pada tahun 2014. Sebanyak 40 indikator baru akan diperkenalkan. Taklimat berkaitan akan di berikan pada bulan disember tahun 2013.
Posted by Anonymouson 2013/10/29 7:50:00
(609 reads)
PENGENALAN
Unit latihan telah diwujudkan mulai Januari 2010. Objektif unit ini ialah untuk memenuhi keperluan berkursus 7 hari dalam setahun bagi setiap individu di Hospital Baling seperti yang terkandung didalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4.Tahun 2007.
Unit ini bertanggungjawab memantau serta menyelaras kursus-kursus dalaman yang menggunakan peruntukan dibawah P.42 Pembangunan Modal Insan. Selain itu, unit latihan bertanggungjawab menyelaras tawaran kursus / seminar / persidangan / symposium / konferens / kongres / konvensyen / forum / ceramah / bengkel dan taklimat luaran.
Pegawai Penyelia : PUAN SHOFIAH BINTI RADZI Telefon(P) : 04-4701333 samb : 1803 Emel : shofiahradzi@moh.gov.my