Bekalan Bahan Steril

Date 2013/4/29 2:50:00 | Topic: Perkhidmatan

Home / Perkhidmatan / Sokongan Klinikal/ Bekalan Bahan Steril




LOKASI CSSU


Bertempat di blok servis tengah yang merangkumi Dewan Bedah, Unit Pengimejan dan Diagnostik serta Unit Patologi.  

 

 OBJEKTIF CSSU



  • Menyediakan perkhidmatan pensterilan dengan pengamalan prinsip PENSTERILAN YANG EFEKTIF dan seragam dengan dasar program mengawal infeksi dalam Hospital.


 

SKOP PERKHIDMATAN


  • Penyediaan peralatan steril mengikut keperluan wad-wad dan unit serta klinik-klinik kesihatan yang berhampiran.

  • Perlaksanaan perkhidmatan adalah mengikut prinsip-prinsip pensterilan piawai dan berkualiti.

  • Memastikan keseluruhan peringkat perlaksanaan prosedur tepat mengikut laluan dan pusingan tanpa kesilapan atau ketidakpatuhan pada prosedur piawai pada mana-mana stesen perlaksanaan prosedur.

  • Penyediaan set-set dari aspek peralatan, instrument dan kainan mengikut disiplin adalah menepati piawaian.

  • Perkhidmatan mengikut waktu pejabat.



POLISI PENGURUSAN


  • Pengutipan alat-alat instrument mengikut disiplin set dari semua lokasi pengguna dilakukan melalui 'sistem porter'.

  • Penerimaan set-set yang telah digunakan mestilah lengkap mengikut komponen atau kandungan yang telah dibekalkan. Set-set yang tidak lengkap dikembalikan kepada lokasi pengguna untuk tindakan.

  • Kebersihan sepenuhnya alatan dan instrument dipastikan semasa proses pembersihan dan pemeriksaan.

  • Tindakan susulan ke atas instrument yang tidak menepati fungsi sepenuhnya atau mempunyai kecacatan dilakukan penggantian.

  • Pengambilan dan penghantaran semula kainan kotor diurus oleh pihak dobi HSS.

  • Sistem pembungkusan set adalah standard dan bersesuaian.

  • Peralatan dan instrument diotokleb mengikut sistem prosedur dan spesifikasi yang standard.

  • Pengagihan harian set-set adalah mengikut penghantaran oleh pihak lokasi pengguna.

  • Bilangan set-set lazim digunakan mungkin akan ditambah pada hari-hari cuti umum yang panjang.

  • Penyimpanan set-set yang telah diotokleb adalah mengikut displin.

  • Pemeriksaan tarikh luput set yang berada di lokasi pengguna akan dilakukan oleh pihak lokasi pengguna sementara di CSSU akan dilakukan oleh pihak CSSU mengikut jadual.

  • Mengutamakan faktor keselamatan pekerjaan di semua stesen perlaksanaan prosedur.

    Pegawai Penyelia :Matron Nawiyah b.t Ismail(Penyelia Jururawat U36)
    Telefon (P) :04-4701333 Ext 1804
    Email : nawiyah@moh.gov.my







This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Baling
http://hbaling.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://hbaling.moh.gov.my/v3/modules/news/article.php?storyid=16