Patologi

Date 2013/4/29 2:50:00 | Topic: Perkhidmatan

Home / Perkhidmatan / Klinikal/ Patologi

PENDAHULUAN

Unit Patologi ditempatkan di blok bangunan bersama dengan unit Pengimejan Diagnostik. Blok bangunan terletak dalam tengah - tengah kompleks hospital dimana bahagian hadapan terletak blok Wad 1 & 2, disebelah kirinya ialah blok Jabatan Pesakit Luar dan bahagian belakangnya ialah Dewan Bedah dan Farmasi Pesakit Dalam.


OBJEKTIF

  • Menghasilkan keputusan yang tepat, cepat dan jitu dalam masa yang dijanjikan. 

  • Mengumpul dan membekalkan darah dan komponen darah yang selamat dan berkualiti.

  • Mempertingkat, mengemaskini dan mengembangkan perkhidmatan selaras dengan perkembangan teknologi perubatan berdasarkan kemampuan unit.
  • Berusaha mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran anggota unit melalui program pembelajaran berterusan.

  • Memberi layanan yang mesra dan berhemah kepada pelanggan.


  • SKOP PERKHIDMATAN

    Merangkumi perkhidmatan asas bidang Hematologi, Biokimia, Mikrobiologi dan Transfusi Darah.

    - Waktu Perkhidmatan :

    Secara amnya waktu bekerja di unit ini adalah masa waktu pejabat seperti berikut:-


    Diluar waktu pejabat HANYA UJIAN SEGERA sahaja yang akan dilakukan. Perkhidmatan pada hari-hari kelepasan am dan cuti minggu hanyalah untuk ujian-ujian kecemasan sahaja.


     Unit Tabung Darah :

    --> Kempen derma darah bergerak (mobile) - mobile diadakan apabila mendapat permintaan daripada mana-mana penganjur.

    --> Walk In Donor - individu yang berminat untuk menderma darah boleh datang ke Unit Transfusi Hospital Baling untuk
    menderma darah.

    Waktu derma darah :
    Ahad hingga Rabu 8am - 4:30pm

    Pegawai Penyelia : Pn. Rusni bt. Md Rashid (Pegawai Sains)
    Telefon (P)04-470 1333 ext 1112

    Emailrusnimdrashid@moh.gov.my




This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Baling
http://hbaling.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://hbaling.moh.gov.my/v3/modules/news/article.php?storyid=18