Cara Solat Ketika Sakit

Date 2013/4/16 2:10:00 | Topic: Artikel

Ketika sakit, kita masih ada kewajiban menunaikan solat 5 waktu..
Kewajipan Solat Ketika Sakit
KEWAJIPAN SOLAT KETIKA SAKIT


ERTI SOLAT

Dari segi bahasa : Bermaksud doa

Dari segi istilah : Satu ibadat yang merangkumi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan niat dan di akhiri dengan salam.


Konsep Ibadat ketika sakit

Allah SWT mewajibkan setiap umat Islam yang Mukallaf melaksanakan ibadat yang difardhukan mengikut kemampuan masing-masing. Antaranya ialah:-

1.Solat- Orang yang sakit boleh melakukan solat secara duduk , baring mengiring , baring menelentang , isyarat mata dan secara ingat dalam hati

2.Puasa- Orang yang sakit diharuskan berbuka puasa tetapi wajib qadha manakala orang yang sakit berpanjangan tidak perlu mengqadhakan puasa sebaliknya hanya perlu membayar fidyah .

3.Haji - Orang uzur untuk mengerjakan haji , boleh diupah kepada orang lain untuk mengerjakannya.



Firman Allah SWT:-

لا يكلف الله نفسا الا وسعـها لها ما كسبت وعلـيها مـاكتسبت- البقرة أية 26


Maksudnya : “Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan yang terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikkan yang diusahakannya dan dia menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.”



SOLAT ITU TIANG AGAMA

1. Solat adalah Rukun Islam yang Kelima

2. Ia juga merupakan asas bagi segala ibadat dan juga merupakan budaya hidup bagi umat Islam.

3. Solat wajib ditunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun samada sakit atau ketika berlaku peperangan.


KAIFIAT SOLAT KETIKA SAKIT

Rasulullah saw menjelaskan dalam Hadisnya:-


عن عمران بن حصين رصي الله عنه قال: كانت بي بواسير فسـالت النبي

ص) عن الصلاة فقال : صل قائما فاءن لم تستطع فقاعدا فاءن لم تسنطع)

(فعلي جنب ( رواه الجماعه الأسلام

Mkasudnya: “ Imran bin Hussin berkata: saya mengidap penyakit buasir, saya bertanya kepada Rasulullah saw , bagaimana cara mengerjakan solat? Baginda bersabda: Solatlah berdiri, jika tidak berdaya hendaklah duduk , jika tidak berdaya juga hendaklah berbaring dalam keadaan mengiring”.


SEBAB DIWAJIBKAN SOLAT KETIKA SAKIT

Solat ibadat terpenting dalam Islam
Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran
Solat sebagai penawar kepada penyakit
Mengharapkan pertolongan Allah SWT ketika senang dan susah
Supaya hidup dan mati dalam Iman.

ERTI RUKHSAH

Rukhsah ialah kemudahan @ keringanan @ kelonggaran @ keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT kepada hambaNya dalam mengerjakan ibadat.

CARA PELAKSANAAN SOLAT KETIKA SAKIT

1. Secara duduk

a. Duduk Iftirasyi ( duduk antara dua sujud )

b. Rukuk- tundukkan kepala/dahi setentang dengan tempat sujud

c. Sujud seperti biasa

d. Jika tidak mampu sujud dilakukan dengan menunudukkan kepala lebih rendah daripada cara rukuk.



2. Secara baring mengiring

a. Berada dalam keadaan baring mengiring atas rusuk kanan

b. Muka dan dada mengadap kiblat

c. Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala




3. Secara baring menelentang

a. Baring dalam keadaan menelentang

b. Kaki dan kepala menghadap kiblat

c. Kedudukan kepala ditinggikan

d. Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala



4. Secara Isyarat kelopak mata

a. Berada dalam keadaan baring secara menelentang

b. Kaki menghala ke arah kiblat

c. Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata

d. Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata


5. Secara ingat dalam hati

a. Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati, pergerakan mengikut tertib rukun.




HIKMAT DIHARUSKAN RUKHSAH SOLAT

1. Menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang mudah

2. Supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam sebarang keadaan.

3. Membuktikan Allah SWT sayang akan hambaNya



PERBEZAAN ANTARA RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT DAN MUSAFIR



CARA SOLAT

KETIKA SAKIT

KETIKA MUSAFIR


Keadaan solat




Dilakukan mengikut keupayaan pesakit samada secara duduk , mengiring ,menelentang , isyarat

mata atau isyarat hati


Boleh dilakukan secara jamak , qasar atau kedua-duanya sekali. Harus juga dilakukan secara sempurna.



Tempoh pelaksanaan




Dalam keadaan sakit


Semasa berada dalam musafir


Artikel ini hanyalah sebagai panduan kepada pelanggan sahaja. Tuan/puan adalah dianjurkan untuk mendalami ilmu berkenaan dengan mempelajari dari guru yang mursyid.




This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Baling
http://hbaling.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://hbaling.moh.gov.my/v3/modules/news/article.php?storyid=2