Fisioterapi

Date 2013/4/29 3:40:00 | Topic: Perkhidmatan

Home / Perkhidmatan / Sokongan Klinikal/ Fisioterapi
Pengenalan
Unit Fisioterapi telah dibuka di Hospital Baling pada Jun Tahun 2006

Definisi
Perawatan fisioterapi adalah rawatan yang berdasarkan penilaian masalah fizikal pesakit, merancang dan melaksanakan program pemulihan fizikal yang merangkumi:

  • kaedah-kaedah manual yang spesifik

  • senaman terapeutik

  • rawatan elektroterapi

  • program pendidikan kepada pesakit


Objektif
Memberi perkhidmatan rawatan pemulihan fizikal sehingga pesakit mencapai tahap keupayaan optimum dalam aktiviti fizikal dalam kehidupan harian.

Skop Perkhidmatan
Memberi perkhidmatan Fisioterapi kepada pesakit yang dirujuk oleh Pakar / Pegawai Perubatan iaitu merangkumi Pesakit Dalam & Pesakit Luar.

Kes-kes yang memerlukan Rawatan Fisioterapi:

  • Muskuloskeletal Disorders (Gejala Masalah fizikal pada otot / sendi)

  • Neurological(Gejala masalah Fizikal pada pesakit2 Saraf / Otak)

  • Cardiorespiratory Disorders(masalah / gejala yang berkaitan dengan saluran pernafasan)

  • a)Penyakit saluran pernafasan
    b)Kes sebelum dan selepas pembedahan.

Pegawai Bertanggungjawab : Puan Noor Fadhlina Binti Marzuki (Jurupulih Anggota U29)
Telefon (P) : 04-4701333 Ext 1311
Email : noorfadhlina@moh.gov.my



This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Baling
http://hbaling.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://hbaling.moh.gov.my/v3/modules/news/article.php?storyid=23