Carta Organisasi

Date 2014/11/16 4:20:00 | Topic: Perkhidmatan

Carta Organisasi

Kelab Sukan Dan Kebajikan Hospital Baling
Tugas Pegawai Kelab

Pengerusi:


(a)Bertanggungjawab di atas
perjalanan dan pentadbiran Kelab;

(b)Menjadi Pengerusi Mesyuarat
bagi semua Mesyuarat Agung
dan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir
serta bertanggungjawab di atas
kesempurnaannya
serta menandatangani semua
peringatan-peringatan
mesyuarat, dan mempunyai
Undi Pemutus di dalam
mesyuarat-mesyuarat tersebut;

(c)Menandatangani semua cek-cek
Kelab bersama-sama Setiausaha atau

d)Mewakili Kelab dalam sebarang perkara atau urusan dengan badan-badan luar; dan

(e)Di dalam tiap-tiap mesyuarat,
jika sekiranya Pengerusi tidak dapat hadir, maka Naib Pengerusi hendaklah menjadi Pengerusi Mesyuarat dan jika kedua-duanya tidak dapat hadir, maka seorang daripada Ahli Jawatankuasa Tadbir yang hadir hendaklah dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.


Naib Pengerusi:


(a)Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi dan mewakilinya dalam
sebarang perkara ketika ketiadaan Pengerusi.


Setiausaha:


Setiausahan adalah bertanggungjawab menjalankan pentadbiran Kelab dan urusan-urusan yang berkaitan dengannya menurut keputusan dan arahan Jawatankuasa Tadbir dan Mesyuarat Agung dari masa ke semasa;

(b)Menguruskan hal-hal surat menyurat Kelab serta menyimpan semua rekod-rekod ahli, surat-surat peringatan mesyuarat dan dokumen-dokumen Kelab serta bertanggungjawab di atas kesempurnaan dan kebetulannya;

(c)Menghadiri semua mesyuarat-mesyuarat dan mencatat butir-butir peringatan mesyuarat; dan

(d)Menandatangai semua cek-cek Kelab bersama-sama Pengerusi atau Bendahari.
Bendahari

Bendahari:


(a)Bendahari hendaklah menguruskan hal-hal mengenai kewangan Kelab dan bertanggungjawab di atas
kesempurnaan dan kebetulannya;

(b)Membuat dan menyimpan kira-kira kewangan dengan betul dan sempurna serta membentangkannya untuk semakan Jawatankuasa Tadbir dari masa ke semasa; dan

(c)Menandatangani semua cek-cek Kelab bersama-sama Pengerusi atau Setiausaha.

Pemeriksa Kira-kira(Juru Audit):


(1)Tidak Kurang daripada DUA (02) orang ahli yang bukan daripada Ahli Jawatankuasa Tadbir hendaklah dipilih sebagai Pemeriksa Kira-kira (Juru Audit) di dalam Mesyuarat Dwi Tahunan. Mereka akan memegang jawatan
tersebut selama DUA (02) tahun dan boleh dilantik semula; dan

(2)Pemeriksa Kira-kira (Juru Audit) hendaklah memeriksa kira-kira kewangan Kelab bagi masa ENAM (06) BULAN dan
membuat laporan atau pengesahan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka juga di dalam tempoh
jawatannya dikehendaki memeriksa dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Tadbir dari masa ke semasa
menurut yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Tadbir.

Penaung Dan Penasihat:

Penaung dan Penasihat kepada Kelab ini adalah penyandang jawatan Pengarah Hospital Baling yang sedang berkhidmat.




This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Baling
http://hbaling.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://hbaling.moh.gov.my/v3/modules/news/article.php?storyid=334