Latar Belakang

Date 2013/4/29 2:00:00 | Topic: Maklumat Korporat

Home/Mengenai Kami / Latar Belakang



Hospital Lama


Ini adalah merupakan laman web rasmi Hospital Baling. Ini merupakan sebahagian proses-proses berterusan untuk menyediakan maklumat yang berguna untuk orang awam supaya lawatan mereka akan lebih mudah dan dapat memberi keselesaan pada masa depan.



Hospital Lama Baling telah dibina pada tahun 1950 dan beroperasi selama 46 tahun sehingga tahun 1996. Kemudian operasinya dipindahkan ke Hospital baru yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah. Hospital Baru dengan kos sebanyak RM31 juta ini telah dimulakan pembinaannya pada bulan Ogos, 1993. Dalam tempoh masa 2 tahun, hospital baru ini telah siap dibina iaitu pada bulan November, 1995.





Hospital Baru



Hospital Baling mula beroperasi pada 15 Januari, 1996. Ia dibina sebagai Hospital gantian bagi hospital lama untuk memenuhi kehendak penduduk penduduk di Daerah Baling, Kedah. Hospital Baling yang bertaraf Hospital Daerah Tanpa Pakar tersergam indah dengan keluasan 32 ekar, sejauh 800 meter dari pekan Baling memberikan perkhidmatan untuk 140,000 penduduk. 






This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Baling
http://hbaling.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://hbaling.moh.gov.my/v3/modules/news/article.php?storyid=8