Perutusan Pengarah

Date 2013/4/29 2:10:00 | Topic: Maklumat Korporat

Home/Mengenai Kami / Perutusan Pengarah




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



 



         Alhamdulillah. Sama-sama lah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita menghasilkan Laman Web Rasmi Hospital Baling. Tahniah dan syabas kepada semua warga Hospital Baling yang terlibat dalam menghasilkan laman web secara langsung ataupun tidak. Sesungguhnya lawan web ini akan memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan informasi kepada masyarakat perihal perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hospital Baling Tanpa Pakar.  



               

         Dengan ini orang ramai akan lebih memahami dan mengenali Hospital Baling samada dari segi organisasi, infrastruktur, wawasan & misi, perkhidmatan dan pencapaiannya.               



         Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kapada pihak pengurusan Teknologi Maklumat Hospital Baling yang berjaya menyediakan laman web ini dan adalah menjadi harapan  saya semoga laman web ini akan menerima pengisian dari masa ke semasa dan sama-samalah kita dapat manfaat dari usaha yang murni ini.






Sekian, terima kasih.





Dr. Jazari bin Jamaludin 

Pegawai Pentadbir Perubatan UD54

Pengarah

Hospital Baling 

Kedah

Tel: 04-4701333 ext. 1800

Fax: 04-4701160

Email: drjazari@moh.gov.my






This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Baling
http://hbaling.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://hbaling.moh.gov.my/v3/modules/news/article.php?storyid=9