Posted by Anonymouson 2013/10/29 2:20:00
(1991 reads)
Sekiranya anda diarahkan untuk mengambil:
Contoh: Arahan :1 biji 2 kali sehari sebelum / bersama / selepas makan Cara pengambilan: 1 biji ubat perlu diambil dalam selang masa 12 jam setiap kali pengambilan.
Arahan :1 biji 3 kali sehari sebelum / bersama / selepas makan Cara pengambilan: 1 biji ubat perlu diambil dalam selang masa 8 jam setiap kali pengambilan.
Arahan :1 biji 4 kali sehari sebelum / bersama / selepas makan Cara pengambilan: 1 biji ubat perlu diambil dalam selang masa 6 jam setiap kali pengambilan.
Sila baca label.Arahan tambahan untuk ditelan / dikunyah / dikulum / letak bawah lidah diberi pada label. Jika ada sebarang kemusykilan sila bertanya kepada Pegawai Farmasi bertugas. Sebarang pertanyaan dari anda amat kami hargai.