Posted by Anonymouson 2013/10/29 2:20:00
(2016 reads)
Sekiranya anda diarahkan untuk mengambil:
Contoh: Arahan :1 biji 2 kali sehari sebelum / bersama / selepas makan Cara pengambilan: 1 biji ubat perlu diambil dalam selang masa 12 jam setiap kali pengambilan.
Arahan :1 biji 3 kali sehari sebelum / bersama / selepas makan Cara pengambilan: 1 biji ubat perlu diambil dalam selang masa 8 jam setiap kali pengambilan.
Arahan :1 biji 4 kali sehari sebelum / bersama / selepas makan Cara pengambilan: 1 biji ubat perlu diambil dalam selang masa 6 jam setiap kali pengambilan.
Sila baca label.Arahan tambahan untuk ditelan / dikunyah / dikulum / letak bawah lidah diberi pada label. Jika ada sebarang kemusykilan sila bertanya kepada Pegawai Farmasi bertugas. Sebarang pertanyaan dari anda amat kami hargai.
Posted by webmasteron 2013/4/16 2:10:00
(1144 reads)
Penggunaan komputer riba atau laptop adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.