Unit Pengurusan adalah merupakan peneraju dan bertanggungjawab di dalam berbagai-bagai penyediaan keperluan seperti Sumber Manusia, Kewangan, Pentadbiran Am dan lain-lain yang berkaitan serta menjaga Kebajikan Sosial kakitangan Hospital Baling.
OBJEKTIF
Objektif umum Unit Pengurusan adalah untuk memastikan satu organisasi yang cekap dan berkesan di dalam menyampaikan perkhidmatan kepada anggota, Jabatan Kesihatan Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebaliknya kepada masyarakat umum.
Objektif khusus bagi unit ini termasuk perkara-perkara berikut:-
Untuk memastikan supaya struktur organisasi dapat berfungsi ke arah kecemerlangan pelaksanaan peranan dan pencapaian objektif secara keseluruhan.
Untuk memastikan supaya struktur keseluruhan pentadbiran dapat memuaskan anggota dan pelanggan.
STRATEGI-STRATEGI
Beberapa strategi telah dibangunkan bagi mencapai objektif-objektif program pentadbiran.
Meningkatkan Sistem Kerja Pengurusan Personel untuk diselaraskan dengan keperluan semasa.
Meningkatkan kebolehan dan kemahiran kakitangan khususnya perkhidmatan sokongan melalui sistem penempatan dan latihan dalam perkhidmatan yang teratur.
Meningkatkan rangkaian sistem berkomunikasi di kalangan program-program dan aktiviti-aktiviti untuk menambah kecekapan dan keberkesanan pengurusan.