Bertempat di blok servis tengah yang merangkumi Dewan Bedah, Unit Pengimejan dan Diagnostik serta Unit Patologi.
OBJEKTIF CSSU
Menyediakan perkhidmatan pensterilan dengan pengamalan prinsip PENSTERILAN YANG EFEKTIFdan seragam dengan dasar program mengawal infeksi dalam Hospital.
SKOP PERKHIDMATAN
Penyediaan peralatan steril mengikut keperluan wad-wad dan unit serta klinik-klinik kesihatan yang berhampiran.
Perlaksanaan perkhidmatan adalah mengikut prinsip-prinsip pensterilan piawai dan berkualiti.
Memastikan keseluruhan peringkat perlaksanaan prosedur tepat mengikut laluan dan pusingan tanpa kesilapan atau ketidakpatuhan pada prosedur piawai pada mana-mana stesen perlaksanaan prosedur.
Penyediaan set-set dari aspek peralatan, instrument dan kainan mengikut disiplin adalah menepati piawaian.
Perkhidmatan mengikut waktu pejabat.
POLISI PENGURUSAN
Pengutipan alat-alat instrument mengikut disiplin set dari semua lokasi pengguna dilakukan melalui 'sistem porter'.
Penerimaan set-set yang telah digunakan mestilah lengkap mengikut komponen atau kandungan yang telah dibekalkan. Set-set yang tidak lengkap dikembalikan kepada lokasi pengguna untuk tindakan.
Kebersihan sepenuhnya alatan dan instrument dipastikan semasa proses pembersihan dan pemeriksaan.
Tindakan susulan ke atas instrument yang tidak menepati fungsi sepenuhnya atau mempunyai kecacatan dilakukan penggantian.
Pengambilan dan penghantaran semula kainan kotor diurus oleh pihak dobi HSS.
Sistem pembungkusan set adalah standard dan bersesuaian.
Peralatan dan instrument diotokleb mengikut sistem prosedur dan spesifikasi yang standard.
Pengagihan harian set-set adalah mengikut penghantaran oleh pihak lokasi pengguna.
Bilangan set-set lazim digunakan mungkin akan ditambah pada hari-hari cuti umum yang panjang.
Penyimpanan set-set yang telah diotokleb adalah mengikut displin.
Pemeriksaan tarikh luput set yang berada di lokasi pengguna akan dilakukan oleh pihak lokasi pengguna sementara di CSSU akan dilakukan oleh pihak CSSU mengikut jadual.
Mengutamakan faktor keselamatan pekerjaan di semua stesen perlaksanaan prosedur.
Pegawai Penyelia :Matron Nawiyah b.t Ismail(Penyelia Jururawat U36) Telefon (P) :04-4701333 Ext 1804 Email :nawiyah@moh.gov.my